Followers

Thursday 4 July 2013

MAKLUMAN PENDAFTARAN/PENGAMBILAN PELAJAR SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2014





PENDAFTARAN TAHUN 1/2014 DIBUKA PADA 01 OGOS 2013 – 30 SEPTEMBER 2013 
(TEMPAT ADALAH TERHAD)

08HB – 09 OGOS 2013, CUTI UMUM HARI RAYA
16HB SEPTEMBER 2013, CUTI UMUM HARI MALAYSIA

8.30 pagi – 12.30 tengahari & 2.30 petang – 4.30 petang
(Isnin hingga Khamis)
8.30 pagi – 12.00 tengahari & 3.00 petang – 4.30 petang
(Jumaat)


SELEPAS 30 SEPTEMBER 2013 (ISNIN) ATAU SELEPAS PENDAFTARAN TELAH PENUH, PIHAK TUAN/PUAN DIMINTA UNTUK BERURUSAN DENGAN BAHAGIAN PELAJARAN, JAWI BAGI KEMASUKAN PELAJAR - unit pengurusan sekolah

SEBARANG MASALAH ATAU PERTANYAAN BOLEH BERHUBUNG DENGAN
PIHAK SEKOLAH MASING-MASING


KERJASAMA DAN KEPRIHATINAN TUAN, AMAT DIHARGAI DAN DIUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH.

Thursday 23 May 2013

HADIS ILMU









"Barang siapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu maka Allah memudahkan baginya jalan ke syurga. Dan sesungguhnya malaikat membentangkan sayapnya untuk orang yang menuntuit ilmu kerana puas dengan apa yang diperbuatnya."(Riwayat Abu Daud & Tirmizi)



"Apabila anak Adam (manusia) itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya."
(Riwayat Muslim)

"Tidak boleh ada cita-cita untuk mendapatkan nikmat seperti orang lain kecuali dalam dua hal iaitu, terhadap seseorang yang dikurniai harta oleh Allah kemudian ia pergunakan untuk membela kebenaran dan terhadap seseorang yang dikurniai ilmu pengetahuan kemudian ia mengamalkan dan mengajarkannya."(Riwayat Bukhari & Muslim)

"Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu pengjukum(hakim) dan harta terhukum. Harta itu berkurangan apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah apabila dibelanjakan."(Sayidina Ali bin Abi Talib)

"Jadilah dirimu orang yang alim(berilmu) atau orang yang selalu menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajian atau orang yang mencintai ketiga-tiga golongan itu. Dan jangalah engkau jadi golongan kelima kerana dengan itu engkau akan binasa." (Riwayat al-Bazzar)

"Tuntutlah ilmu,sesungguhnya menuntut ilmu itu mendekatkan diri kepada Allah dan mengajarkannya kepada orang lain adalah sedekah.Sesungguhnya ilmu pengetahuan meletakkan seseorang pada kedudukan terhormat dan mulia. Ilmu pengetahuan adalah keindahan bagi ahlinya di dunia dan di akhirat.(Riwayatal-Rabii')

"Sesungguhnya memperoleh ilmu hanya dengan belajar". (Riwayat Bukhari)

Wednesday 22 May 2013

PENGENALAN





Kedudukan yang strategic. Terletak di pinggir bukit besi yang tenang dan damai di antara Kem Tentera Darat Sungai Besi, Berkongsi tapak dengan Masjid Al-Muqarrabin Bersebelahan dengan Sekolah kebangsaan serta sekolah Menengah Bandar Tasik Selatan dan Kawasan perumahan yang mencetuskan suasana yang selesa, selamat serta harmoni untuk proses pengajaran dan pembelajaran.


            Sekolah ini mula beroperasi pada 3 Mac 2005. Tahun pertama dibuka mencatatkan bilangan 174 orang  nisbah 5 orang guru. Jumlah tersebut telah meningkat sehingga 800 orang pelajar pada tahun 2009 h9ingga sekarang 2013. Mempunyai 22 kelas sessi pagi dan petang serta 16 orang guru yang terdiri daripada 7 orang guru terlatih (tetap), 6 orang guru (kontrak), 1 guru Elaun, 1 guru (KAFA) dan 1 guru lantikan sekolah. Mempunyai seorang pembantu tadbir , seorang pembantu am rendah dan seorang pengawal keselamatan . manakala tadika islam Darul Hikmah  pula mula beropersi pada tahun 2008 bermula dengan 49 orang pelajar dan kini kian meningkat kepada 150 orang pelajar, 8 orang guru serta 6 kelas dibawah naungan  Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur(MAWIP). Permintaan setiap tahun kian bertambah  namun disebabkan bilangan kelas yang terhad pihak sekolah  tidak mampu menerima pertambahan murid tersebut

            Kegemilangan Sekolah Rendah Agama Al-Muqarrabin kin berterusan sejak diterajui oleh Ustaz Mohd Suhaimi bin Awang Musa. Pelbagai pembaharuan telah dirancang dan dilaksanakan demi meningkatkan mutu pembelajaran serta kemudahan prasarana sekolah sejajar dengan visi  perdana menteri Malaysia Ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang ingin memperkasakan modal insan dikalangan masyarakat di Malaysia. Ustaz  Mohd Suhaimi  bin Awang adalah Guru Besar Pertama yang Berkhidmat Pada Mac 2005 Sehingga Jun 2009 Sebelum Tanggung jawab itu digalaskan kepada Ustazah Siti Warni binti Dahman bermula Jun 2009 hingga Disember 2010, pelbagai Perancangan telah dilakukan namun takdir allah menentukan beliau telah diarahkan berpindah  dan bertugas di SRA Cheras. Kini sekolah ini diterajui oleh Ustaz Ahmad Fauzi Bin Abdul rahman yang bertukar dari SRA Taman Ibu Kota Mulai Disember 2010 Sehingga kini.Sehingga sekarang sekolah ini telah mencatatkan kecemerlangan yang baik di segi akedemik dan kokurikulum.Tahun 2012 mencatat sejarah dimana jumlah calun yang menduduki UPSRA telah menunjukkan perestasi yang cemerlang dimana seramai 25 orang telah mendapat pangkat 7A.Begitu jugak keputusan UPKK untuk tahun lima.