"Barang siapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu maka Allah memudahkan baginya jalan ke syurga. Dan sesungguhnya malaikat membentangkan sayapnya untuk orang yang menuntuit ilmu kerana puas dengan apa yang diperbuatnya."(Riwayat Abu Daud & Tirmizi)
"Apabila anak Adam (manusia) itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya."
(Riwayat Muslim)
"Tidak boleh ada cita-cita untuk mendapatkan nikmat seperti orang lain kecuali dalam dua hal iaitu, terhadap seseorang yang dikurniai harta oleh Allah kemudian ia pergunakan untuk membela kebenaran dan terhadap seseorang yang dikurniai ilmu pengetahuan kemudian ia mengamalkan dan mengajarkannya."(Riwayat Bukhari & Muslim)
"Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu pengjukum(hakim) dan harta terhukum. Harta itu berkurangan apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah apabila dibelanjakan."(Sayidina Ali bin Abi Talib)
"Jadilah dirimu orang yang alim(berilmu) atau orang yang selalu menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajian atau orang yang mencintai ketiga-tiga golongan itu. Dan jangalah engkau jadi golongan kelima kerana dengan itu engkau akan binasa." (Riwayat al-Bazzar)
"Tuntutlah ilmu,sesungguhnya menuntut ilmu itu mendekatkan diri kepada Allah dan mengajarkannya kepada orang lain adalah sedekah.Sesungguhnya ilmu pengetahuan meletakkan seseorang pada kedudukan terhormat dan mulia. Ilmu pengetahuan adalah keindahan bagi ahlinya di dunia dan di akhirat.(Riwayatal-Rabii')
"Sesungguhnya memperoleh ilmu hanya dengan belajar". (Riwayat Bukhari)
No comments:
Post a Comment